Thursday, April 7, 2011
Muqaddimah
Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w. amat terpelihara dan dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaan. Bersama bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedah- kaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran. Para ulama telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani.
Rasm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa tempat
daripada tulisan biasa bahasa Arab. Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani dipanggil Rasm
Uthmani.Dalam al Quran lama cetakan Pulau Pinang, Singapura dan Thailand yang
terdapat di Malaysia sebelum tahun 70an dahulu yang bernama Quran Majid tulisannya
dipanggil Rasm Imlaei atau Qiyasi.
SEJARAH DAN KONSEP RASM UTHMANI
Menurut ahli sejarah, penulisan al Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w di mana sebaik sahaja Rasulullah menerima wahyu. Baginda mengarahkan penulis- penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al Quran yang diterimanya. Antara penulis wahyu tersebut ialah Khulafa al Rasyidin serta sahabat baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit. Mereka mencatat ayat-ayat al Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Pada zaman khalifah Uthman bin Affan r.a memerintah, Islam telah berkembang dengan luas hingga ke negeri Sham, Kufah, Iraq dan negara-negara lain.Umat Islam yang berada di medan negara-negara lain.Umat Islam yang berada di merata-rata tempat telah mempelajari dan membaca al Quran menurut kaedah-kaedah bacaan daripada para sahabat yang masyhur di kalangan mereka.
Khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al Quran yang
diketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugas mereka ialah membukukan al Quran, iaitu menyalin
lembaran - lembaran al Quran yang diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan
mushaf. Sesudah itu, Khalifah Uthman bin Affan memerintahkan supaya dikumpulkan
semua lembaran al Quran yang ditulis sebelumnya dibakar. Dengan demikian maka pembukuan al Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang besar kepada umat Islam iaitu menyatukan kaum muslimin dalam satu bentukmushaf yang seragam menurut ejaan dan tulisannya. Ia jua menyatukan bacaan, walupun masih terdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan ejaan Mushaf
Uthmani.
Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz- lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf- huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf. Penulisan ( rasm ) al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma’ ( sepakat ) oleh seluruh ulama mujtahid in kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi s.a.w. Maka penggunaan tulisan Imlaei atau Qiasi tidaklah diharuskan.
Posted by TenTang Kami...... at 8:33 AM
Labels: MUQADDIMAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment