BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 6, 2011

Bab 8:باب ما زيدت فيه الياء


باب ما زيدت فيه الياء

أو من وراءي حجاب زيد ياه وفي          تلقاءي نفسى ومن اناءى لاغسرا

Pada kalimah (وراءي ) didalam surah الشورى seperti : (وما كان لبشر أن يكلمه الله الآ وحيا أو من وراءى حجاب)   ia mengisbatkan huruf (ya’) selepas huruf (aliff).pada kalimah lain pula pada lafaz (تلقاءي ) dalam surah ( يونس) seperti : (من تلقاءى نفسى ) ia juga mengisbatkan huruf (ya’) selepas huruf (aliff) dan pada kalimah seterusnya juga pada kalimah (اناءى ) dalam surah (طه) seperti : (  أناءى الليل فسبحومن ( ia juga sama seperti kalimah-kalimah yang sebelum ini mengisbatkan huruf (ya’) selepas huruf (aliff).


وفى وايتاءى ذى القربى باييكم          بأيد ان مات مع ان مت طب عمر

Pada matan yang seterusnya iaitu pada kalimah (وايتاءى) ditambah huruf (ya’) pada ayat      ( ايتاى المصا حب لذى القربى) dan pada kalimah(وايتاء الزكاة )  pula,sesungguhnya di dalam resam tidak ditambah huruf (ya’).Ada tiga surah yang tidak termasuk tentang menambahkan  huruf (ya’) yang pertama didalam surah (النحل ) iaitu, pada satu tempat pada ayat (وايتا ءى ذى القربى)  tidak termasuk dalam bab tersebut .Pada surah yang kedua pula iaitu pada surah (ن) pada ayat (بايكم المفتون) dan dalam surah (النمل) juga seperti ayatأيكم يأ تينى بعرشها) ).pada kalimah seterusnya pula ialah,pada kalimah (بأيد ) didalam surahالذاريات) ) pada ayatوالسماء بنيناها بأييد) ) di dalam resam ia meletakan dua huruf (ya’) diantara huruf (hamzah) dan huruf (dall) pada kalimah tersebut.Pada kalimah terakhir pula iaitu pada kalimah (مات ) didalam surah  العمران)) pada ayatأفان مات أو قتل)  ) didalam resam pada ayat tersebut ditulis seperti : أفأن مات)) dengan meletakan huruf (aliff) dan huruf (ya’) diantara huruf (fa’) dan huruf (nun).Pada surah lain pula seperti surahلأنبياء ) أ( pada kalimah tersebut tidak termasuk dalam menambahkan huruf (aliff),seperti :فان مت فهم الحا لدون) أ( didalam resam.


من نباء المرسلين ثم فى ملاء         اذا أضيف الى اضمار من سترا


Sesungguhnya huruf (ya’) yang ditambah pada kalimah (نباء ) dan (ملاء ) adalah sama juga dengan yang lain.Dalam surah (لأنعما( pada ayat, (من نباء المرسلين) didalam resam pada kalimah tersebut ditambahkan huruf (ya’)jika ada kalimahالمرسلين )  )jika tidak ada kalimah tersebut maka kalimah( نباء ) tidak akan ditambah huruf (ya’)selepas huruf (aliff).Pada kalimah yang kedua pula iaitu kalimah (ملاء ) jika kalimah tersebut  ialah kalimah yang berdhomah maka ia akan memberikan rumahnya kepada huruf (hamzah) iaitu rumah huruf (ya’).seperti : ملائه  -  وملائهم )  ) .Jika kalimah tersebut tidak menjadi huruf yang berdhomah maka ia tidak ditambah huruf (aliff) seperti : ل الملأ )  قا   ( .


ء فى الروم للغازى وكلهم         باليا بلا ألف فى اللاى ء قبل ترى        لقا

Didalam matan ini pula pada kalimah (ء لقا  ) ada ulama’ yang berpendapat seperti ( الغا زى بن قيس  ) sesungguhnya dalam resam pada kalimah tersebut ditambah huruf (ya’) pada surahالروم )  ) seperti ayatبلقاء ربهم )  ).Telah berkataبو عمرو ) أ) pula sesungguhnya  huruf (ya’)dan huruf (aliff) ditambah sebelum huruf (hamzah) pada kalimah tersebut.






باب حذف الواو وزيادتها


وواو يد عو لدى سبحان واقتربت       يمحو بحاميم ندعو فى اقوا اختصرا

Pada kalimah diatas, iaitu pada kalimah ( ندعو  ), (يمحو ), (يد عو ) huruf (wau) akan di hazafkan jika diletakan pada tempat yang dipanggil م الفعل ) لا).Ada empat surah yang dihazafkan huruf (wau)pada kalimah tersebut,antaranya ialah ; pada surah    (الاءسراء ) seperti ayat ويدع الاءنسان) ,pada surah (اقتر بت الساعه )seperti ayatيدع الداع )  ),pada surahحم )  ) seperti ayat ويمح الله الباطل)  dan pada surah  اقراء باسم ربك ) ( seperti ayatسندع الزبانية )   ).Jika selain daripada surah-surah yang dinyatakan diatas maka huruf (wau) tidak akan dihazafkan.

0 comments: